jata

Siaran Media

Kementerian Kewangan Malaysia


PENAFIAN BERKENAAN AGEN BAGI PEROLEHAN KERAJAAN MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia tidak memberi kuasa atau melantik mana-mana individu/kumpulan untuk bertindak sebagai ejen bagi mencari pembida dalam tender Kerajaan.

Syarikat adalah dinasihatkan supaya mendapatkan semua maklumat tender melalui portal MyProcurement diĀ myprocurement.treasury.gov.my. Portal MyProcurement merupakan gerbang utama bagi perolehan Kerajaan Malaysia yang memaparkan iklan dan keputusan tender. Kementerian/Agensi adalah diwajibkan untuk memaparkan iklan tender menerusi portal ini.

Syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan tawaran tender mereka secara terus kepada Kementerian/Agensi tanpa penglibatan mana-mana ejen atau pihak ketiga.

Jika syarikat didatangi oleh mana-mana individu/kumpulan yang mendakwa menjadi ejen perolehan untuk Kerajaan Malaysia, syarikat adalah dipohon untuk mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia atau membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia.

 

Kementerian Kewangan Malaysia

Putrajaya

19 Jun 2017