Home » Maklumat Am Perolehan Kerajaan

Maklumat Am Perolehan Kerajaan

Maklumat Am Perolehan Kerajaan

Kementerian Kewangan merupakan Agensi Pusat yang menetapkan dasar pengurusan kewangan Kerajaan termasuk perolehan Kerajaan. Seksyen 6 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menyelia dan menyelaras perolehan Kerajaan. Bagi tujuan meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan agensi-agensi Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia mengamalkan konsep desentralisasi melalui penurunan kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk membuat keputusan. Bagi melaksanakan kewajipan tersebut, Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan Arahan Perbendaharaan,1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) dan peraturan yang berkaitan.

Bagi tujuan untuk mempertimbang dan menyetuju terima tender, pihak berkuasa meluluskan tender ditetapkan seperti berikut:

A. Peringkat Kementerian Kewangan

i). Tender kerja bernilai melebihi RM 100 juta;

ii). Tender bekalan dan perkhidmatan bukan perunding bernilai melebihi RM 50 juta;

iii). Tender kerja, bekalan dan perkhidmatan bukan perunding bernilai melebihi RM 300 juta bagi Badan Рbadan Berkanun / Syarikat-syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

B. Peringkat Lembaga Perolehan Kementerian/Jabatan Kerja Raya

Lembaga Perolehan ‘A’ (LP ‘A’)
Lembaga Perolehan ‘B’ (LP’B’)
LP ‘A’ diberi kuasa untuk mempertimbang dan menyetuju terima tender seperti berikut :

i) Tender kerja bernilai melebihi RM20 juta sehingga RM100 juta ; dan

ii) Tender bekalan dan perkhidmatan bernilai melebihi RM 20 juta sehingga RM 50 juta.

¬†LP ‘B’ diberi kuasa untuk mempertimbang dan menyetuju terima tender seperti berikut :

i) Tender kerja bernilai sehingga RM 20 juta; dan

ii) Tender bekalan dan perkhidmatan bernilai sehingga RM 20 juta.

 

image_pdfimage_print