Inisiatif Perolehan Peringkat Antarabangsa
PDF Cetak Emel

Di peringkat antarabangsa, Malaysia turut terlibat dalam membincangkan hal-hal berkaitan perolehan Kerajaan terutamanya dari segi penambahbaikan ke atas prosedur dan proses perolehan serta inisiatif menangani rasuah bagi mencapai urus tadbir terbaik serta meningkatkan tahap ketelusan dan integriti. Antara penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa yang berkaitan perolehan Kerajaan adalah seperti berikut:

 

1. APEC Government Procurement Experts’ Group (GPEG)

Malaysia merupakan ahli kepada Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) GPEG yang mana GPEG merupakan salah satu sub-fora di bawah APEC Committee on Trade and Investment (CTI) yang berperanan untuk membincangkan mekanisme dan kaedah terbaik dalam meningkatkan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.  Antara inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah GPEG adalah kejayaan menghasilkan Transparency Standard on Government Procurement dan juga APEC Non-Binding Principles on Government Procurement. Malaysia juga membuat pelaporan secara tahunan mengenai pelaksanaan perolehan Kerajaan melalui Individual Action Plan (IAP).

 

2.United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL)

Malaysia menganggotai Working Group 1: Procurement di bawah UNCITRAL mulai tahun 2009. Pada masa ini, Kumpulan Kerja tersebut turut membincangkan perkara berkaitan perolehan elektronik dan penambahbaikan dalam kaedah perolehan.

 

3. United Nations Convention Against Corruption (UNCAC)

Malaysia merupakan salah satu negara signatory kepada UNCACUNCAC merupakan mekanisme pencegahan rasuah antarabangsa pertama yang mempunyai implikasi undang-undang.  Di bawah UNCAC, pihak terlibat hendaklah melaksanakan kaedah pencegahan rasuah yang lebih menyeluruh dengan melibatkan undang-undang, institusi dan organisasi di negara masing-masing.  Artikel 9 kepada Bab 2 di dalam UNCAC memperuntukkan klausa khusus mengenai perolehan Kerajaan dan pengurusan kewangan awam.

 

4.Anti-Corruption Action Plan (ACAP) for Asia and the Pacific

Malaysia merupakan salah satu daripada 28 negara Asia Pasifik yang komited kepada langkah pencegahan rasuah dan telah sama-sama bekerjasama dalam menghasilkan ACAP yang turut meliputi perolehan Kerajaan. ACAP adalah inisiatif di bawah Asian Development Bank (ADB) bersama Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). ACAP mengandungi tiga (3) teras yang menekankan sistem yang berkesan dan telus dalam perkhidmatan sektor awam, memperkukuhkan langkah-langkah memerangi rasuah dan mempromosikan integriti dalam operasi perniagaan serta menyokong penyertaan awam yang aktif.

 

 

Jumaat, 12 Mac 2010 07:19