ePerolehan (eP) merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar / memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Perkhidmatan atas talian yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi proses Tender dan Sebut Harga Bekalan & Perkhidmatan, proses memohon atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia, membuat atau menerima pembayaran secara atas talian serta katalog elektronik (eCat). Untuk akses ke sistem, sila klik di https://www.eperolehan.gov.my/.

Sistem Maklumat Bersepadu Perolehan Kerajaan (MyGPIS) adalah sebuah sistem maklumat berasaskan web yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan data perolehan Kerajaan. Sistem ini dibangunkan bagi mengurus maklumat perolehan yang terperinci yang dilaksanakan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan meliputi peringkat awal pelaksanaan perolehan sehingga projek siap. Aktiviti pengumpulan data adalah melalui kaedah integrasi dengan sistem perolehan yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan sistem lain yang berkaitan di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan. Sistem MyGPIS membolehkan Kementerian Kewangan membuat analisis ke atas data-data perolehan Kerajaan bagi semua Agensi Kerajaan dan menjana laporan dengan cepat, tepat dan efisien. Untuk akses ke sistem, sila klik di https://mygpis.treasury.gov.my.

Sistem ePerunding merupakan sistem yang dibangunkan untuk memudah dan mempercepatkan proses perolehan perkhidmatan perunding bagi projek-projek Kerajaan di peringkat Agensi Kerajaan sehingga ke peringkat Kementerian Kewangan Malaysia. Sistem ini mengandungi maklumat profil firma perunding dan beban kerja perunding, maklumat permohonan pelantikan perunding dan laporan prestasi perunding..Untuk akses ke sistem, sila klik di https://eperunding.treasury.gov.my/v41/.

Electronic Government Procurement Application (eGPA) adalah merupakan satu sistem memproses permohonan perolehan Kerajaan di bawah bidang kuasa MOF secara elektronik bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pertimbangan dan keputusan kepada Agensi. Sistem eGPA merupakan sebuah sistem berasaskan web yang bertujuan sebagai sebuah sistem maklumat khusus bagi perolehan Kerajaan di bawah bidang kuasa MOF yang melibatkan kepentingan negara dari aspek keselamatan dan strategik. Bagi pengguna baru, permohonan ID perlu dibuat melalui permohonan ID Pengguna Online. Status permohonan ID boleh disemak melalui Semakan Status. Manual Permohonan ID bagi sistem eGPA secara online boleh dicapai melalui Manual Pengguna. Manakala Soalan Lazim (FAQ) ID Sistem eGPA secara online boleh dicapai melalui Soalan Lazim. Untuk akses ke sistem, sila klik di https://egpa.treasury.gov.my.