Portal MyProcurement berperanan sebagai sebuah mekanisme dalam meningkatkan ketelusan sistem perolehan Kerajaan seiring dengan prinsip Kementerian Kewangan yang mengutamakan pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Portal ini bertindak sebagai platform untuk memaklumkan kepada masyarakat berkenaan iklan dan keputusan sebut harga/ tender terkini yang dilaksanakan oleh Agensi dan secara langsung mewujudkan kebertanggungjawab dan ketelusan Kerajaan dalam pelaksanaan perolehan.
Selaras dengan Strategi 3 Bidang Keutamaan : Perolehan Awam di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, paparan maklumat ini juga bertindak sebagai salah satu penunjuk aras kepada Ministrial Performance Indicators (MPI) di bawah tanggungjawab dan pemantauan MAMPU, JPM.